
CHENNAI 12 Nov. - Tiga rakyat Malaysia, seorang wanita dan dua anaknya yang dilapor hilang Isnin lepas di selatan India ditemui mati, kata polis.
Mayat M. Adhila Banu, 24, anak lelakinya Mohd Aslam (7) dan anak perempuannya Ajira Banu (5) yang telah reput itu ditemui di Vadipatti di Madurai, Tamil Nadu pada pagi Khamis.
"Ia adalah kes bunuh, mayat itu dikenalpasti oleh ibu Adhila dan dia mengesahkan tiga mayat itu adalah anak dan dua cucunya.
"Mayat reput tiga beranak itu ditemui dalam jarak kira-kira lima kilometer terpisah antara satu sama lain dan dibalut dengan ‘dhoti’ putih. Mayat itu dibuang ke dalam terusan di bawah jambatan,” kata inspektor polis Vadipatti P.R Lakshmanan kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, polis masih menyiasat motif, punca dan lokasi sebenar pembunuhan itu. - Bernama
