Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 26 Disember 2010

Bayar jika ingin ke luar negara

SYARAT baru PTPTN tidak membenarkan peminjam disenarai hitam keluar negara kecuali menjelaskan sebahagian hutang. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Bayar RM2,000 atau RM3,000 dahulu jika peminjam yang disenarai hitam oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin ke luar negara.

Itu syarat baru yang ditetapkan oleh PTPTN kepada semua peminjam yang disenarai hitam bagi membolehkan peminjam terbabit ke luar negara tetapi untuk satu perjalanan sahaja.

Kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said, pihaknya hanya membenarkan peminjam membersihkan namanya daripada disenarai hitam untuk ke luar negara bagi urusan rasmi sahaja.

“Contohnya untuk tujuan perubatan dan melanjutkan pelajaran, dan segala pelepasan itu mestilah disertakan dengan bukti keperluannya untuk ke luar negara,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau menambah, jika sebelum ini peminjam yang disenarai hitam hanya membayar ansuran sekurang-kurangnya RM50, tetapi apabila ingin ke luar negara, sejumlah wang itu perlu dijelaskan dahulu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular