Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 31 Disember 2010

Remaja hamil dakwa jadi hamba seks guru yoga



HULU SELANGOR: Selepas dikurung dan dijadikan hamba seks oleh guru yoga sejak sebulan lalu, seorang daripada tiga mangsa yang akan memulakan sesi persekolahan Isnin ini, berdepan musibah lain apabila laporan perubatan mengesahkan remaja perempuan berusia 15 tahun itu mengandung empat minggu.

Difahamkan remaja itu kini dalam kemurungan dan enggan bersekolah kerana malu akan diketawakan rakan sekolahnya kerana mengandung anak luar nikah.

Sementara itu, sumber berkata, guru yoga berusia 54 tahun yang kini direman bagi membantu siasatan, menetapkan syarat kepada penjaga ketiga-tiga gadis berkenaan supaya mereka menandatangani surat perjanjian sebaik membayar yuran.
“Antara kandungan surat perjanjian itu termasuk mewajibkan pelajar tinggal di rumahnya dalam tempoh tertentu supaya proses pembelajaran yoga boleh dilakukan dengan lebih teliti dan mendalam. Ibu bapa yang percaya dengan kebolehan suspek membenarkan anak mereka menetap di rumah lelaki terbabit bersama pelajar lain.

“Bagaimanapun peluang itu diambil untuk mengurung dan menjadikan pelajar sebagai hamba seksnya,” katanya di sini, semalam.

Akhbar kelmarin melaporkan tiga remaja perempuan terpaksa melalui pengalaman pahit selama sebulan apabila dikurung dan dijadikan hamba seks oleh guru yoga mereka sebelum diselamatkan polis di sebuah rumah di Kuala Kubu Bharu, di sini.

Kejadian disahkan Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy selepas menerima laporan ibu bapa pelajar itu yang percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.

Katanya, suspek yang sudah bercerai, mempunyai 11 rekod jenayah lampau termasuk tipu, samun dan memiliki barang curi serta kes berkaitan dadah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular