Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 31 Disember 2010

SINGAPURA: Restoran halal habis ditempah sambut 2011

JADI TUMPUAN: Dirangsang suasana ekonomi yang rancak, gaji dan bonus yang tinggi tahun lalu, ramai pelanggan telah mula membanjiri restoran-restoran mewah seperti Carousel di Hotel Royal Plaza on Scotts, semalam, yang sudah penuh dengan tempahan bagi cuti Tahun Baru hari ini, sejak dua minggu lalu.


SINGAPURA:--JIKA anda belum membuat tempahan jamuan tengah hari atau makan malam di restoran-restoran halal yang popular hari ini, anda mungkin hampa.

Ini kerana tempat di beberapa restoran itu sudah habis ditempah hujung minggu ini dek perayaan tahun baru 2011 dan suasana ekonomi yang rancak tahun lalu.

Satu tinjauan Berita Harian (BH) menunjukkan tempahan bagi jamuan hari ini sudah penuh di beberapa restoran halal popular sejak dua minggu lalu.

Restoran mewah seperti Straits Kitchen di Hotel Grand Hyatt dan Carousel di Hotel Royal Plaza on Scotts antara restoran yang telah ditempah penuh.

Ketika dihubungi BH semalam, seorang kakitangan Straits Kitchen berkata tiada lagi tempat bagi jamuan tengah hari dan makan malam hari ini.

'Tempahan bagi Ahad (esok) juga sudah hampir penuh,' kata kakitangan itu.

Tarikh seterusnya yang ada tempat kosong di restoran itu ialah Selasa depan, ujar beliau.

Restoran Carousel di Royal on Scotts juga memaklumkan bahawa tempat-tempat bagi jamuan 'hi-tea' dan makan malam di restoran itu juga telah habis ditempah dua minggu lalu.

Restoran itu ada hanya beberapa tempat lagi esok.

Bagi mereka yang masih berhasrat menikmati juadah di hotel mewah hujung minggu ini, mereka mungkin ada harapan berbuat demikian di Asian Market Cafe di Hotel Fairmont di Raffles City yang masih ada tempat hari ini dan esok.

Restoran Fig&Olive di VivoCity pula tidak menerima tempahan awal.

'Namun kami jangka keadaan sesak hujung minggu ini memandangkan banyak acara akhir tahun diadakan di Sentosa,' kata seorang kakitangan Fig&Olive.

Beberapa restoran lain seperti Gurame di Changi Coast Walk dan Sakura di Downtown East menasihati pelanggan agar membuat tempahan awal supaya tidak kecewa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular