Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 31 Disember 2010

Tak dapat 10.10.10, Nona Kirana naik pelamin 1.1.11

Foto hiasan Radio Warna


SEMASA pertunangannya pada November 2009, deejay radio Warna, Cik Nona Kirana, menetapkan mahu tarikh yang mudah diingati bagi majlis perkahwinannya - 10.10.10.

Hasrat itu tidak tercapai kerana kesukaran mendapatkan penyedia khidmat majlis perkahwinan.

Namun, Cik Nona Kirana, yang nama sebenarnya Nona Asiah Assan, 26 tahun, dan tunangnya, Encik Mohamed Hisham Mohamed Zain, 28 tahun, akan tetap bernikah pada tarikh mudah diingati - 1.1.11.

'Walaupun kami tundakan majlis ke tarikh 1.1.11, kami tetap menghadapi masalah nak dapatkan penyedia khidmat majlis kahwin kerana ada yang sudah terima tempahan bagi tarikh itu seawal dua tahun lalu.

'Tunang saya agak pelupa kalau soal tarikh jadi dengan memilih tarikh 1.1.11 beliau tidak ada alasan untuk lupa tarikh pernikahan kami,' ujar anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu.

Lebih istimewa lagi, upacara akad nikah itu akan diadakan pada 11 pagi ini.

Beberapa mak andam yang dihubungi berkata sejak beberapa tahun kebelakangan mereka menerima lebih banyak tempahan bagi beberapa tarikh tertentu.

Pengarah kreatif Versari Ade, Encik Hadi Hashim, berkata syarikatnya menerima tempahan mengandam 11 pasangan hari ini, berbanding enam pasangan setiap hujung minggu biasanya.

Ratu Weddings pula akan mengendalikan 12 pasangan, seganda jumlah yang dikendalikan ketika musim cuti dan empat kali jumlah pada hujung minggu biasa.

Namun, pengarah syarikat itu, Cik Hariatee Saniff, berkata pasangan tidak melihat hanya pada angka berulang untuk nikah.

Ia juga harus jatuh pada Jumaat atau Sabtu.

Bagi Naib Kadi, Ustaz Maaroof Haji Mohamad, 60 tahun, tugasnya hari ini ialah dari 10 pagi hingga 9 malam.

'Untuk Tahun Baru ini sahaja saya akan nikahkan 10 pasangan,' ujarnya.

Selain dipilih bagi melangsungkan pernikahan, tarikh ini juga popular bagi pasangan yang ingin melangsungkan pertunangan, seperti bekas pesilat negara, Mohd Noor Rafili Md Ramli, 30 tahun.

'Saya anggap tarikh 1.1.11 ini melambangkan permulaan untuk saya dan pasangan saya hidup dengan satu jiwa, satu hati,' ujarnya, yang akan bertunang dengan Cik Siti Sabariah Abdul Rashid, 25 tahun, seorang pramugari.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular