Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 31 Disember 2010

Pelantikan SUK Selangor tak perlu diragui



KUALA LUMPUR:--- Pelantikan Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui oleh kerajaan negeri itu kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas mereka, menurut seorang penganalisis politik tempatan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr. Ahmad Nizamuddin berkata, dakwaan kerajaan Selangor kononnya pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dibuat atas kepentingan politik Barisan Nasional (BN) hanyalah interpretasi yang tidak boleh dijadikan asas.

"Dakwaan tersebut kurang berasas kerana Mohd. Khusrin belum memulakan tugas, malah lantikan tersebut juga hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Januari ini. Tentunya andaian seperti itu tidak boleh digunakan,” katanya ketika dihubungi.

Oleh itu, beliau berkata, rasa tidak puas hati kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung perkara itu tidak berasas.

Katanya, kerajaan PKR Selangor sebenarnya berasa tercabar kerana lantikan itu dibuat di luar pengetahuan mereka. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular