Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 28 Disember 2010

Adik Ipar tumbuk Abang Ipar..

Maslan menerima rawatan di Hospital Melaka. Gambar kecil, mata kiri mangsa yang lebam.


MELAKA: “Apabila saya turunkan tingkap kereta sebelah pemandu, tiba-tiba satu tumbukan tepat mengenai mata sebelah kiri saya menyebabkan pandangan berpinar dan pada masa sama, dia (adik ipar) terus menumbuk saya bertubi-tubi,” kata seorang peniaga, Maslan Jannel, 42, dari Taman Desa Bayu, Kuala Sungai Baru, dekat sini, yang hampir maut kerana diserang sakit jantung ketika dibelasah adik iparnya Ahad lalu, kira-kira jam 6.15 petang.

Maslan Jannel yang ditemui di Hospital Melaka (HM) berkata, dia diserang adik iparnya yang berusia lewat 30-an akibat berlaku sedikit salah faham kerana masalah keluarga.

Katanya, akibat dibelasah adik iparnya itu, dia bukan saja mengalami lebam di mata kiri dan dada, malah diserang sakit jantung.

“Ketika kejadian itu, saya sedang melalui satu lorong deretan rumah kedai untuk balik ke rumah sebelum melihat dia (adik ipar) berdiri di tengah jalan.

“Saya teruskan perjalanan sebelum dia beralih ke tepi jalan sambil mengejar dan menendang pintu kereta di sebelah pemandu.

“Saya terkejut dan menurunkan cermin kereta untuk bertanya mengapa dia buat begitu.

“Dengan marah, dia memandang saya, belum habis bercakap, tiba-tiba dia melepaskan tumbukan kuat mengenai mata kiri hingga pandangan berpinar,” katanya.

Beliau berkata, akibat tumbukan itu, matanya menjadi kabur, bibir pecah, namun ketika dia tersandar di pintu kereta, adik iparnya terus menyerang dengan menumbuknya bertubi-tubi di dada sehinggakan dia terduduk.

Katanya, pada masa sama, dia melihat sekumpulan kira-kira 15 lelaki turut mengepungnya.

“Seorang anggota polis berpakaian preman yang melalui kawasan itu meleraikan pergaduhan berkenaan sebelum adik ipar saya berlalu pergi sambil mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.

Katanya, setibanya di rumah, dia tiba-tiba diserang sakit jantung.

Menurutnya, dia yang menghidap penyakit jantung sejak beberapa tahun lalu dihantar ke Hospital Alor Gajah sebelum ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Adik ipar sering mencampuri urusan keluarga saya sejak dulu tanpa sebarang sebab dan kami sekeluarga tidak selesa tindakannya itu.

“Hal anak saya pun dia nak masuk campur. Apa hak dia mencampuri hal keluarga saya, sedangkan kami susah dulu dia tak pernah bantu. Kenapa sekarang nak campur urusan keluarga kami?” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, pagi semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular