Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 31 Disember 2010

Hentian Puduraya, Terminal Bandar Tasik Selatan dirasmi Februari



JOHOR BAHRU – Hentian Puduraya dan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasek Selatan (TBS-BTS) akan dirasmikan Februari ini.

Pengerusi Uda Holding Bhd, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima arahan supaya mengadakan perasmian Hentian Puduraya dan kedua-dua terminal akan mula beroperasi sepenuhnya selepas perasmian.

Menurutnya, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) arahkan bas ekspres berhenti di TBS-BTS.

“Bas ekspres dari utara diberi pilihan sama ada berhenti di hentian Puduraya atau TBS-BTS.

“Nampaknya pengusaha bas ini lebih gemar berhenti di Hentian Puduraya. Ini mungkin disebabkan hentian Puduraya adalah hentian utama di bandar raya Kuala Lumpur,” katanya selepas merasmikan Rawatan Kesihatan Percuma Terapi Biocas Elektrik Parlimen Pulai di Bilik Gerakan UMNO Taman Dahlia, di sini, semalam.

Hentian Puduraya dibina pada 1976 dengan kos RM3 juta adalah pusat hab perkhidmatan pengangkutan bas ekspres dari seluruh negara.

Terminal itu akan mengalami kesibukan padat, terutamanya pada hujung minggu serta cuti umum dan ia mula ditutup pada April tahun lalu bagi tujuan menaik taraf bangunan itu kepada suasana lebih canggih dan selesa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular