Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Disember 2010

Indonesia pelawa pelabur Malaysia


INDONESIA mempelawa pelabur Malaysia meneroka peluang dan potensi ekonomi terutama dalam sektor pelancongan di Indonesia Timur menerusi usaha sama antara wilayah dan daerah kedua-dua negara.

Ketua Lembaga Perancangan Pembangunan Wilayah (Bappeda) Sulawesi Utara, Dr Noldy Tuerah (gambar) berkata, hubungan baik sedia terjalin antara kerajaan Indonesia-Malaysia perlu diperluaskan ke peringkat wilayah dan daerah bagi meningkatkan kegiatan ekonomi dan pelancongan yang memanfaatkan kedua-dua negara.

“Malaysia dan Indonesia masyarakat serumpun dan kerjasama itu akan dipertingkatkan lagi selaras dengan gagasan penubuhan Komuniti Asean 2015 yang membabitkan kerjasama antara ahli Asean tanpa batasan sempadan.

“Adalah amat penting mempertingkatkan hubungan kerjasama Indonesia-Malaysia baik di antara kerajaan mahupun pentadbiran di peringkat wilayah dan daerah.

“Hubungan itu juga perlu meliputi kerjasama sektor swasta-kerajaan atau sesama syarikat swasta,” katanya kepada wakil media Malaysia di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia, baru-baru ini.

Seramai 12 wakil media Malaysia berkunjung ke Sulawesi Selatan (Makassar) dan Utara (Manado) pada 14 hingga 20 Disember lalu yang diatur Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular