Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Disember 2010

Penyokong Malaysia kecewa petugas tak telus jual tiket

Penyokong Malaysia yang awal-awal membeli tiket semalam.


KUALA LUMPUR:--Dalam keghairahan penyokong tempatan mendapatkan tiket perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF, Ahad ini, timbul rasa tidak puas hati di kalangan mereka kerana terdapat peminat Indonesia yang turut mendapatkan tiket dikhaskan untuk penonton Malaysia di Stadium Nasional.

“Pihak pengurusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) perlu lebih telus dalam perkara ini. Jika mereka kata kena tunjuk kad pengenalan sebelum beli tiket, buat sahajalah untuk buktikan rakyat Malaysia yang beli tiket di sini (Stadium Nasional).

“Mereka jual saja tiket tanpa meminta kad pengenalan. Kalau macam ini senang-senang saja mereka (penyokong Indonesia) boleh beli tiket di sini,” kata Mohd Azlan Abdul Halim.

Seorang lagi penyokong Malaysia, R Balan turut sependapat dengan perkara ini.

“Mereka (FAM) perlu lebih tegas dalam perkara ini. Selain itu, FAM juga sepatutnya mengehadkan jumlah tiket yang hendak dibeli. Kalau tidak, kesempatan itu mungkin diambil ulat-ulat tiket untuk membeli dengan banyak dan menjual semula dengan harga tinggi,” katanya.

Kira-kira 3,000 tiket berharga RM50 untuk perlawanan akhir pertama Piala AFF 2010, Ahad ini habis dijual pagi semalam berikutan penyokong Malaysia dan Indonesia menyerbu kaunter jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam seawal 9 pagi. Kaunter tiket dibuka jam 10 pagi.

Berikutan itu peminat yang mahu mendapatkan tiket berharga RM50 pulang hampa apabila tiket sudah kehabisan.

FAM memperuntukkan 70,000 tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket RM50 untuk penyokong Malaysia yang mula dijual di Stadium Nasional pagi semalam. Sejumlah 15,000 tiket lagi berharga RM30 dan 500 tiket RM50 diperuntukkan kepada penyokong Indonesia.

Tiket turut dijual di kaunter khas di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Jalan Tun Razak yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular