Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 26 Februari 2011

Abdul Manan kumpul 3,000 bilah kacip



Dr. Abdul Manan Embong bersama sebahagian kacip sireh yang dikumpul dari pelbagai negara di rumahnya di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu.



KUALA TERENGGANU:-- Sirih pinang pada masa silam berperanan penting dalam pelbagai suasana, termasuk upacara melibatkan kehidupan masyarakat Melayu dan Nusantara yang bersalut dengan adat istiadat dan kepercayaan.

Bukan sahaja untuk dikunyah sewaktu santai atau keramaian, ia menjadi penyeri terutama bagi majlis-majlis Melayu seperti perkahwinan sehinggalah kepada penggunaan dalam rawatan kecantikan, perubatan tradisi yang masih diwarisi dan amalan mistik.

Ia tersusun dan diatur dalam tepak dengan komponennya seperti ruang menyisip sireh, kacip bagi menghiris pinang, gobek untuk melumatkannya dan cembul untuk menyimpan ramuan sirih seperti pinang, gambir, tembakau, cengkih dan kapur di samping ketur.

Bagi pakar etnologi tempatan, Dr. Abdul Manan Embong, 58, semua itu merupakan salah satu bidang tumpuan yang bertujuan mengkaji kebudayaan dan tradisi masyarakat atau bangsa.

Ia mendorongnya menjengah ke beberapa negara untuk meneliti persamaan dan perbezaan, mengkaji makna di sebalik peranan sireh dan pinang, reka bentuk, motif dan corak pembuatan serta logam yang digunakan bagi alatan tepak.

Dr. Abdul Manan lebih tertarik dengan keunikan kacip dan menyedari alatan itu akan hilang sejajar dengan perubahan zaman, maka, sejak awal 1980-an beliau berusaha mengumpulkannya.

Katanya, kacip merupakan khazanah penting dalam kehidupan masyarakat kita termasuk dalam pelbagai upacara adat resam Melayu.

Baginya, kacip turut menjadi simbol kepada rantaian budaya serantau, namun, menyedari tiada yang memberi perhatian serius dalam soal itu, beliau merasakan perlu baginya untuk menyelamatkan khazanah itu.

‘‘Saya membelinya dengan harga RM30 hingga RM400 sebilah dan sedang menyiapkan katalog mengenainya untuk kemudahan orang ramai,” ujarnya.

Sedikit demi sedikit beliau mengumpulkannya dan sehingga kini memiliki 3,000 bilah termasuk dari India di samping Indonesia, Filipina, Kemboja, China, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia.

Melalui bilah-bilah kacip sama ada untuk kegunaan harian atau hiasan, katanya, seseorang dapat menyelami identiti dan citra budaya dengan kehalusan dan keunikan seni ukiran serta kreativiti rekaan.

Ada yang usianya menjangkau 300 tahun dan ia menjadi pelengkap kepada muzium mini miliknya di kediamannya di Bukit Besar, dekat sini. Di muzium itu turut dipamerkan peralatan warisan seperti kukuran, tempayan dan senjata seperti keris dan lembing.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular