Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Februari 2011

FARKHAN: Cipta alat 'melancong' tanpa berkunjung



Encik Muhammad Farkhan gembira usahanya mendapat pengiktirafan.



SINGAPURA:-- USAHA gigih seorang bekas askar British yang bersusah payah menabung demi peluang menjejakkan kakinya semula ke Singapura telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri Encik Muhammad Farkhan Salleh.

'Saya teringat seorang bekas askar British yang pernah ditempatkan di Singapura selepas Perang Dunia Kedua, yang saya temui ketika menjalani Perkhidmatan Negara sekitar lapan tahun lalu.

'Beliau terpaksa menabung lama kerana gajinya sebagai seorang tukang paip tidaklah besar. Beliau hanya dapat kembali ke Singapura setelah usianya mencapai 80-an tahun,' ujar Encik Farkhan, 26 tahun.

Katanya, beliau terfikir bagaimana agaknya jika bekas askar British itu tidak sempat memenuhi hajatnya kembali ke Singapura.

Pertemuan itu mencetuskan ilham kepada Encik Farkhan - pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi dan Media Baru di Universiti Nasional Singapura (NUS) - untuk mencipta alat yang dipanggil Rangkaian Avatar Hidup (LAN).

Alat itu dicipta bagi membolehkan seseorang yang berada di satu lokasi melihat apa juga yang dilihat rakannya di lokasi lain.

Mereka juga tidak perlu 'terikat' di hadapan komputer, malah boleh berjalan-jalan dengan alat itu bagi membolehkan kededuanya menikmati pengalaman yang lebih menyeronokkan.

Ciptaannya itu telah disertakan bagi Pertandingan Rekaan Pelajar 2010 Interaksi Insan Komputer (Computer Human Interaction, CHI), yang diadakan di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, dan memenangi tempat kedua.

Selain itu, beliau juga pernah meraih peluang menjalani latihan kerja di sebuah syarikat terkemuka di Silicon Valley, Qik, selama empat bulan, dari September 2010 hingga Januari lalu.

Atas kejayaannya yang membanggakan itu dan kelakonannya yang cemerlang sebagai pelajar, Encik Farkhan, anak tunggal seorang pemandu teksi dan seorang suri rumah, telah diberikan Anugerah Pencapaian Pelajar NUS bagi kategori Pertandingan.

Anugerah Pencapaian Pelajar NUS diberikan kepada sekumpulan pelajar universiti itu bagi mengiktiraf pelajar secara individu atau berkumpulan atas sumbangan mereka yang membanggakan NUS.

Anugerah itu dibahagikan kepada empat kategori - Pemimpin Cemerlang; Seni dan Budaya; Projek Kemasyarakatan dan Pertandingan.

'Saya ceburi bidang komunikasi dan media baru juga secara kebetulan setelah gagal mendapatkan tempat dalam bidang Sains Politik.

'Tapi dengan kemenangan ini, saya lebih yakin dengan jalan yang saya lalui,' kata Encik Farkhan.

Sebelum ini, beliau pernah mendapat pencalonan bagi Anugerah Pereka Muda Akademi Rekaan Singapura dan menjadi finalis bagi Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong 2010.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular