Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 Februari 2011

Kedai Makan Malaysia Baharu Di Auckland






AUCKLAND, (Bernama) -- Kedai makan popular, Sri Mahkota, yang mendapat rangsangan daripada program Malaysian Kitchen anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), membuka restoran ketiganya di Symonds Street dalam daerah perniagaan pusat Auckland.

Pemiliknya, Han Chin, akan membawa pengalaman makanan Malaysia kepada penduduk Auckland. Hidangan-hidangan istimewanya termasuklah tahu goreng, sup bihun ikan dan sotong masak lada, bersama dengan sajian terkenal Malaysia seperti sate, rendang dan char kue teow.

Namun demikian hidangan kesukaan Chin ialah Udang Goreng Nestum iaitu udang segar goreng bersalut telur dan oat.

Masakan Malaysia kaya dengan pelbagai perisa -- adunan rasa makanan tradisi Melayu, Cina dan India dengan pengaruh Siam, Portugis dan Timur Tengah.

Dua lagi restoran Sri Mahkota terletak di East Tamaki dan Epsom.

Sri Mahkota adalah peserta Program Malaysian Kitchen bagi NZ -- kempen selama setahun yang dianjurkan oleh Matrade untuk mendidik pengguna tentang masakan Malaysia dan menggalakkan mereka mencubanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular