Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Februari 2011

Indonesia contohi Malaysia tubuh akademi cegah rasuah





KUALA LUMPUR:-- Indonesia mengambil contoh dari Malaysia dalam usaha membanteras rasuah di negara itu dengan menubuhkan sebuah pusat seperti Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Ini dinyatakan oleh Firman Yudiansyah, Ketua Bahagian Latihan dan Pendidikan Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) Indonesia, yang baru tamat menghadiri satu kursus bersama seorang lagi pegawai negara itu di MACA, iaitu cawangan latihan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Objektif MACA ialah untuk meningkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme pegawai-pegawai SPRM dalam aspek siasatan, pendakwaan, risikan dan pencegahan rasuah.

Firman berkata pusat latihan di Indonesia dijangka siap Mei ini.

"Berdasarkan maklumat yang kami kumpul, kami yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mempunyai pengalaman profesional dalam menangani isu rasuah dan KPK berharap dapat mencontohinya,” kata beliau.

Firman berkata bahawa sebelum membuat keputusan menubuhkan pusat latihan pencegahan rasuah di Indonesia, KPK telah melawat beberapa negara seperti Korea Selatan, Austria dan Hong Kong.

"Walaupun negara-negara yang kami lawati ini cekap menangani rasuah, SPRM lebih berpengalaman bukan saja dalam pencegahan tetapi juga membanteras rasuah,” katanya.

Beliau berpendapat SPRM lebih menyeluruh dan akademi latihannya pula amat teratur.

"SPRM dan KPK mempunyai banyak persamaan kerana kedua-duanya mengendalikan kegiatan risikan dan siasatan serta mendidik masyarakat menjauhi rasuah. Kesemua persamaan ini memberi manfaat kepada KPK,” kata Firman.

Beliau berkata KPK berharap dapat mencontohi model siasatan SPRM kerana SPRM mempunyai pasukan siasatannya sendiri manakala KPK terpaksa bergantung kepada agensi lain seperti polis untuk menjalankan siasatan. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular