Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 Februari 2011

Lega proses daftar nikah selesai






KOTA BHARU: “Kami berdua lega kerana proses pendaftaran pernikahan selesai, sekurang-kurangnya anak kami tidak menghadapi masalah selepas ini termasuk membabitkan kerakyatan,” kata Shamsul Safie, 32, semalam.

Dia berkata demikian selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Syarie Abdullah Man dalam keputusannya semalam, menjatuhkan hukuman denda RM300 terhadapnya selepas bersalah berkahwin tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

Difahamkan penuntut jurusan Pengajian Antarabangsa, University of Edinburgh itu menikahi Cheryl Gibbons, 27, di Masjid King Fahd di Edinburgh, Scotland pada Mei tahun lalu.

Namun, sebelum itu mereka merujuk hasrat untuk berkahwin kepada Kedutaan Malaysia di London, tetapi pasangan berkenaan diminta berurusan dengan Maik sebelum boleh diijabkabul.

Mereka pulang ke tanah air pada awal bulan lalu untuk mendaftarkan perkahwinan, namun perlu hadir pada prosiding pendakwaan di Mahkamah Tinggi Syariah kerana bernikah tanpa kebenaran Maik.

Kira-kira jam 3 petang semalam, isu membabitkan soal pendaftaran pernikahan mereka selesai selepas dikenakan denda sekali gus melegakan pasangan itu kerana kini menunggu surat nikah dikeluarkan dari Pejabat Agama Islam Tumpat, hari ini.

Menyentuh perkenalan mereka hingga mendirikan rumah tangga, Shamsul yang juga anak kelahiran Geting, Tumpat berkata, ia bermula dengan perkenalan mereka ketika bekerja di syarikat Korea di Ampang.

“Ketika itu kami sama-sama bertugas di bangunan sama. Cheryl ketika itu menunjukkan minat mengenai budaya orang Asia sebelum kami dipertemukan semula ketika saya menjelajah ke negara asal isteri.

“Tidak sangka perkenalan rapat bermula 2009 membawa saya melamar Cheryl sebelum kami diijabkabulkan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular