Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 26 Februari 2011

Malaysia sediakan bantuan guaman bela rakyat

Najib Tun Razak bersama Panel Penilaian Operasi, Perundingan dan Pencegahan Rasuah yang baru dilantik di Putrajaya, semalam. Turut hadir Abu Kassim Mohamed (enam dari kanan).



PUTRAJAYA:-- Perdana Menteri hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang diwujudkan untuk menyediakan bantuan guaman dan khidmat nasihat kepada semua warganegara tempatan berpendapatan bawah RM25,000 setahun.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif kerajaan bersama Majlis Peguam itu penting dalam memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang yang menghadapi masalah perundangan.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan apa yang dimaklumkan bahawa lebih kurang 80 peratus orang kena tuduh (OKT) dalam kes jenayah tidak mempunyai peguam kerana tidak berkemampuan untuk membayar yuran yang tinggi.

“Keadilan merupakan prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya,” katanya ketika berucap melancarkan yayasan tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, Abdul Gani dan Ragunath.

Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath menjadi Timbalan Pengerusi.

YBGK akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah dengan caj bayaran yang minimum.

Yayasan itu bukanlah sebuah agensi kerajaan tetapi ia merupakan entiti berbentuk syarikat khairat yang bebas dan neutral dalam melaksanakan tugasnya.

Firma guaman Tetuan Shearn Delamore & Co telah bersetuju untuk berperanan sebagai setiausaha syarikat secara percuma kepada YBGK.

Najib memberitahu, sebagai tanda sokongan padu dalam menegakkan keadilan, kerajaan bersetuju untuk memberi geran pelancaran sebanyak RM5 juta kepada yayasan tersebut.

“Saya ingin menyatakan di sini, peruntukan kewangan tidak seharusnya menjadi kekangan untuk mendapatkan keadilan. Justeru, jika tidak mencukupi, kita akan berusaha untuk mencari sumber kewangan tambahan.

“Penubuhan yayasan tersebut bukanlah bermakna kerajaan hendak membela golongan penjenayah tetapi bagi memastikan semua OKT dapat menjalani perbicaraan di mahkamah dengan penuh keadilan dan ketelusan,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung yayasan itu, Perdana Menteri berkata, peguam-peguam yang menjadi panel YBGK akan memberi perkhidmatan dengan bayaran yang minimum.

“Bagaimanapun, bantuan tidak meliputi kesalahan yang membawa hukuman mati kerana Mahkamah Tinggi akan melantik peguam untuk mewakili tertuduh yang tidak mempunyai peguam,” katanya.

Mengenai kerjasama antara YBGK dan agensi penguatkuasaan yang termeterai menerusi Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dan disaksikan beliau, Najib berkata, langkah itu bagi memastikan keberkesanan YBGK.

“Apabila seseorang ditangkap atas kesalahan jenayah, adalah menjadi tanggungjawab pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan agensi penguatkuasaan lain untuk menghubungi peguam panel YBGK melainkan jika orang yang ditangkap itu hendak mengupah peguamnya sendiri,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular