Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 Februari 2011

Majlis Raja-Raja dengar taklimat keselamatan, pertahanan

Tuanku Mizan Zainal Abidin bertanya sesuatu kepada Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223 di Istana Negara yang berakhir semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; manakala empat dari kanan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.



KUALA LUMPUR:-- Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hari ini mendengar taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, dalam kenyataannya berkata, mesyuarat selama dua hari itu berakhir hari ini antara lain membincangkan perkara berkaitan agama Islam dan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan.

Menurutnya, mesyuarat kali ke-223 itu dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat menghadiri mesyuarat tersebut ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat dua hari itu yang bermula semalam dihadiri semua raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud.

Baginda semua diiringi menteri besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua menteri masing-masing.

Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular