Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 26 Februari 2011

Wanita Indonesia laku tidak bermoral di Brunei ditangkap



FOTO: Pegawai penguatkuasa memeriksa wanita Indonesia (kanan) yang menjalankan kegiatan tidak bermoral.




BANDAR SERI BEGAWAN:-- Bahagian Penguat kuasa Undang-Undang bertindak atas maklumat terkumpul berhubung kegiatan tidak bermoral seorang wanita Indonesia, hari ini menangkap wanita itu di Kampung Mata-Mata Gadong.

Wanita itu dipercayai telah diusir dari negara ini namun memasukinya semula menggunakan identiti baru. Dia yang bergiat secara sendirian, menghubungi pelanggan menggunakan telefon bimbit dan membuat perjumpaan di satu lokasi yang dijanjikan setelah mempersetujui sebutan harga bagi khidmatnya (antara $25-30) sama ada pada siang atau malam hari.

Wanita menggunakan nama Sunarti itu ditangkap bersama seorang lelaki di dalam kereta jenis Sedan ketika sedang menunggu di depan sebuah kedai di Kampung Mata-mata. Wanita itu tidak mengakui pernah ditangkap dan diusir keluar, namun pegawai penguat kuasa memperlihatkan salinan pasportnya dengan nama asal Suratmi.

Dalam kesalahan terdahulu di bawah nama Suratmi, dia ditangkap pada tahun 2007 kerana melakukan kegiatan tidak bermoral bersama seorang lelaki warga asing. Dia dibatalkan pas kerja dan diarahkan keluar dari Brunei dan ditegah memasuki semula negara ini.

Wanita itu dibawa ke Balai Polis untuk siasatan lanjut dan jika sabit kesalahan akan dikenakan tindakan undang-undang dan didenda tidak lebih $10,000 atau penjara selama tidak lebih 5 tahun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular