Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 Februari 2011

Lebih banyak hotel di sini dapatkan sijil halal Muis




SINGAPURA:-- LEBIH banyak hotel kini mempunyai dapur halal sendiri bagi menarik pelanggan Islam setempat mahupun pelancong asing.

Ketua Unit Strategik Pensijilan Halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Cik Dewi Hartaty Suratty, berkata jumlah hotel yang mendapatkan sijil halal Muis sejak setahun lalu telah bertambah kepada 13 buah.

Sejumlah lapan hotel baru mendapatkan sijil halal Muis tahun lalu.

Hotel-hotel itu ialah Marina Bay Sands, Hotel Hard Rock Sentosa, Hotel Marina Mandarin, Hotel Fairmont, Hotel Re!, Hotel Orchard, Hotel Grand Mercure Roxy dan Hotel Amara.

Pada masa yang sama, Muis menerima banyak permintaan bagi sijil halal untuk produk-produk makanan tambahan kesihatan dan ubat-ubatan tradisional Cina.

'Kami rasa ini adalah suatu perkembangan semula jadi memandangkan pasaran besar industri kesihatan dan kesejahteraan di Singapura,' ujar Cik Dewi Hartaty.

Hotel-hotel yang mendapatkan sijil halal biasanya melihat potensi kehadiran pelanggan Islam dan memasuki pasaran halal boleh meningkatkan perniagaan sehingga 10 peratus.

Antara hotel yang mendapatkan sijil halal sebelum ini ialah Hotel Concorde di Orchard Road pada 2009 dan Hotel Furama City Centre menerusi Tiffany Cafe and Restaurantnya pada 2008.

Jurucakap Hotel Fairmont berkata langkah mengadakan dapur halal adalah untuk menyediakan makanan halal kepada para pelanggannya, terutama dari Indonesia, Brunei, Malaysia dan Timur tengah.

Jurucakap Hotel Grand Mercure Roxy pula melihat potensi besar dalam makanan halal dan terdapat permintaan daripada pelanggannya.

Semua pemohon perlu melalui audit Muis yang ketat. Ia melibatkan pemeriksaan kesemua bahan makanan yang digunakan seperti keju, mentega dan bahan pengawet makanan.

Selain memastikan bahan mentah yang digunakan halal, pemohon juga perlu mengambil pekerja Muslim, yang harus menjalani program latihan pensijilan halal yang dikendalikan Akademi Muis.

Setiap premis yang disahkan halal pula mesti menggajikan tidak kurang daripada dua pekerja Islam.

'Jumlah sebenar pasaran halal (jualan produk halal) di Singapura masih belum dapat dipastikan.

'Namun, berdasarkan kenaikan lima kali ganda premis yang telah disahkan halal oleh Muis dari tahun 2000 hingga 2010, ia menunjukkan bahawa pasaran halal Singapura telah tumbuh dengan amat pesat,' kata Cik Dewi Hartaty.

Muis telah mengeluarkan sijil halal kepada 2,650 premis dan 15,610 produk sepanjang 2010.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular