Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 Februari 2011

1,706 penuntut balik percuma

SEBAHAGIAN daripada 400 pelajar dari Pahang gembira apabila kerajaan negeri itu membuat keputusan menanggung perbelanjaan mereka kembali ke Mesir baru-baru ini.




PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menanggung tiket penerbangan kembali ke Mesir untuk 700 penuntut tajaannya yang pulang ke Malaysia menerusi Ops Piramid ketika berlaku pergolakan politik di negara itu baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Mara mempunyai seramai 1,500 penuntut tajaannya di Mesir dan daripada jumlah itu hanya 700 yang pulang ke tanah air manakala selebihnya tidak pulang kerana berada di tempat lain termasuk bercuti.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama 101 ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan dan pengurus kewangan syarikat milik agensi di bawah kementerian itu di sini semalam, beliau berkata, pengurusan Mara juga diminta memastikan keselamatan penuntut berkenaan sebelum mereka pulang ke Mesir.

“Perkara ini diuruskan dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular