Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Februari 2011

Hidup saya lebih sempurna - Lan



WAJAH terbaru Lan yang dirakam di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.



TERENGGANU:-- VOKALIS band Azlan & The Typewiter, Norazlan Rosle, 27, atau Lan kini telah selamat bergelar suami kepada pasangannya Normala Hassan, 27, yang dinikahinya pada 1 Januari lalu.

Ia berlaku selepas majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada November tahun lalu ditunda.

Bercakap tentang alam perkahwinan yang baru ditempuhinya, Lan yang ditemui pada majlis pelancaran program RTM, Xpresi Kembara di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini, dia mengakui kehidupannya kini lebih sempurna selepas bergelar suami.

"Saya tidak tahu macam mana ingin menterjemahkan kebahagiaan selepas berkahwin. Memang saya bahagia dan seronok melalui kehidupan saya sekarang," tuturnya.

Meskipun telah selamat melangsungkan perkahwinannya di Cheras, namun masih terdapat khabar yang kurang enak berhubung majlis perkahwinannya.

Ini kerana Lan tidak mengotakan janjinya sebelum ini untuk menjemput pihak media.

Disoal, mungkinkah Lan cuba menyembunyikan sesuatu apabila tidak menjemput pihak media, Lan menjelaskan kesibukan menjelang hari perkahwinannya menyebabkannya dia tidak sempat untuk menjemput pihak media.

Sementelah katanya, majlis tersebut diuruskan oleh isterinya.

"Majlis perkahwinan saya diuruskan oleh isteri kerana ketika itu saya sibuk dengan Anugerah Juara Lagu dan persembahan pentas.

"Bayangkan saya sendiri menolak banyak persembahan pada tahun baru. Saya terlalu sibuk, bukannya saya tidak mahu jemput media," ungkap Lan.

Tambahnya: "Lagipun, tiada apa yang saya mahu sembunyikan. Rasanya ramai pihak media kenal siapa isteri saya.

"Jadi, tidak ada apa yang mahu disorokkan pada majlis perkahwinan saya itu. Majlis itu berlangsung secara sederhana. Saya berharap semua pihak doakan kebahagiaan saya," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular