Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 Februari 2011

Pereka tari Singapura cedera jatuh dari kuda di Bali



FOTO: menunjukkan Encik Naim ketika dirawat di hospital.





SINGAPURA:-- GARA-GARA naik kuda semasa bercuti di Bali, seorang pereka tari setempat, Encik Naim Pani, terpaksa dirawat di hospital kerana cedera di bahagian tulang rusuk.

Beliau terlantar selama lima hari di hospital di sana sebelum dibawa pulang menerusi pesawat ambulans dan dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) selama tujuh hari lagi.

Beliau kini berehat di rumah selepas mendapat rawatan tersebut.

Ketika ditemui kelmarin, Encik Naim berkata kejadian malang itu berlaku 3 Februari lalu semasa beliau bersama isteri dan anak-anaknya mengikuti satu rombongan bercuti ke Bali.

Semasa di Saba Beach, Bali, beliau bersama anaknya menempah untuk naik kuda.

'Entah mengapa, kuda tunggangan saya yang diberi nama 'Blackie' itu tiba-tiba naik angin, gelisah dan cuba berdiri.

'Dua kaki depannya diangkat, seolah-olah ingin melompat.

'Ia kemudian berlari kencang. Saya cuba pegang talinya kuat-kuat, tetapi terjatuh juga,' cerita guru dan pereka tari berusia 64 tahun itu.

Beliau diberi pertolongan cemas sebelum dibawa ke Rumah Sakit Kasih Ibu di Bali.

'Dalam perjalanan, saya mengerang kesakitan bagaikan anak kecil, lebih-lebih lagi apabila kenderaan yang membawa saya melalui lopak-lopak dan bendul-bendul. Sakitnya rusuk saya di sebelah kanan.

'Doktor di Rumah Sakit Kasih Ibu berkali-kali menyuruh agar saya dibedah kerana kata mereka, tiga tulang rusuk saya patah dan dua lagi retak. Tetapi saya tidak mahu.

'Setelah lima hari di rumah sakit, kami - saya, isteri dan anak - sepakat untuk pulang dan mendapatkanrawatan di Singapura,' katanya.

Menurut Encik Naim, mujur beliau sekeluarga membeli perlindungan insurans yang menampung kos membawanya pulang dengan pesawat khas, Air Ambulance.

Doktor di NUH kemudan mengesahkan bawa tulang rusuknya hanya retak, berdasarkan hasil pemeriksaan x-ray.

'Doktor mengeluarkan darah beku dari sebelah belakang badan saya.

'Kini barulah terasa lega dan ada nafsu makan,' kata beliau lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular