Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 Februari 2011

Petanda pilihan raya umum tahun depan?




TEMERLOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mula melawat ke semua negeri bermula bulan depan.

"Ini boleh dikirakan sebagai program lawatan ke negeri-negeri, dan bulan Mac ni sebenarnya saya akan mula di Sarawak," katanya selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk FELDA Jengka 25 di sini, hari ini.

Ditanya lawatannya itu petanda akan berlangsung pilihan raya umum pada tahun depan, Najib berkata, "Semua (nak) berkait dengan pilihan raya sahaja? Pilihan raya boleh adakan bila-bila masa".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan sesi lawatan ke setiap negeri bermula Selasa ini, 1 Mac bagi mendekati rakyat yang dijangka berakhir September ini.

Najib berkata: "Memang saya dah janji dalam Perhimpunan Agung (UMNO) yang lalu, malah peringkat awal pun saya dah mula dah pergi banyak tempat." - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular