Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Februari 2011

Pahang tak takut reputasi Perak



Mohd. Fadzirul Zakaria (kanan) antara tonggak Pahang bagi menggempur kubu Perak pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.


KUANTAN:-- KEKUATAN mental perlu ada dalam kesebelasan utama skuad Pahang menjelang pertemuan menentang Perak pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Meskipun Perak kini berada di tangga kedua Liga Super di belakang Kelantan, pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh tidak mahu mental anak- anak buahnya terganggu dengan rekod skuad Kejor Yob Kejor itu.

Berbanding Pahang yang menghuni tangga keenam, skuad kendalian Dollah Salleh itu perlu membuang jauh rasa hormat kepada Perak bagi memastikan tumpuan mereka tidak terjejas untuk mengutip tiga mata penuh.

“Atas kertas, memang skuad Perak nampak gah di tangga kedua persada liga tetapi sebenarnya kemampuan Pahang tidak jauh berbeza dan kita yakin boleh menang jika pemain berfikiran positif,” kata Che Nasir semalam.

Pahang mungkin tidak dapat menge- lak daripada rasa gentar bertemu dengan anak-anak buah Norizan Bakar itu jika kedudukan semasa diambil kira, namun perlawanan malam ini boleh dianggap ujian sebenar terhadap prestasi Pahang.

Walaupun boleh berbangga dengan rekod dua kemenangan di hadapan pe- nyokong sendiri ketika menewaskan T-Team dan Sabah, namun kejayaan itu tidak boleh dianggap sebagai ujian sebenar mereka.

Ini kerana, kedua-dua pasukan itu berada di tangga kedua dan keempat tercorot berbanding Perak yang belum pernah tewas dan dilaporkan bersedia untuk meneruskan rentak kejayaan di hadapan penyokong Pahang.

Dollah sudah pasti menyedari kele- mahan dan kekuatan Pahang bagi mengelakkan anak-anak buahnya tumbang dalam perlawanan yang dianggap benar-benar menguji keupayaan mereka.

“Pahang sudah bersedia bagi menghadapi Perak dan semua pemain utama tidak mengalami masalah kecederaan.

“Saya yakin kami mampu menewaskan Perak jika mental pemain benar- benar kental,” katanya.

Che Nasir turut berharap penyokong setia Pahang terus membanjiri Stadium Darul Makmur bagi memberi se- mangat kepada skuad Tok Gajah nanti

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular