Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 Februari 2011

SINGAPURA: Jauhi makan tiga produk ubat 'tradisional'

( Foto hiasan )




SINGAPURA:-- ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tiga produk yang dijual sebagai ubat tradisional kerana didapati mengandungi beberapa bahan ubat barat yang tidak diisytiharkan.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) semalam berkata tiga produk itu ialah Majun Dua Istimewa, Raja Maajun-Jerat Dan Seret Angin dan Horkut Chooi Foong Hor Lok Tan.

Menurut HSA, pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci menyusuli laporan-laporan tentang kesan sampingan selepas pengguna mengambilnya.

'Asal produk-produk ini disangsikan dan didapatkan daripada sumber-sumber luar negara dan setempat,' ujar HSA.

HSA berkata dua pengguna, seorang berusia pertengahan tahun dan seorang warga tua, yang mengambil Majun Dua Istimewa selama tiga bulan mengalami retensi cairan dan berat badan bertambah.

Simptom tersebut sama seperti kesan serius yang disebabkan penggunaan corticosteroid dan dexamethasone tanpa penyeliaan.

Kededua pengguna itu sudah pun berhenti memakannya dan telah mendapatkan rawatan perubatan.

Seorang pengguna wanita berusia pertengahan tahun pula mendapat penyakit kuning dan demam selepas memakan Raja Maajun-Jerat Dan Seret Angin selama sekitar tujuh bulan.

Beliau kini mendapatkan rawatan di hospital.

Seorang pengguna Horkut Chooi Foong Hor Lok Tan pula, yang mengambil produk itu lebih lima tahun, mengalami kekurangan adrenalina - satu ganguan hormon yang terjadi apabila kelenjar adrenal tidak mengeluarkan hormon mencukupi.

HSA berkata produk-produk kesihatan mengandungi ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan disifatkan sebagai produk haram.

'Bahan-bahan itu merbahaya dan memudaratkan kesihatan kerana ia dihasilkan dalam keadaan pengeluaran yang rendah dan tanpa pengawalan mutu yang betul atau pemerhatian profesional,' kata HSA.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular