Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 26 Februari 2011

Enam rakyat Malaysia di Christchurch selamat





SERIAN (Sarawak) - Enam daripada tujuh rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Christchurch, New Zealand dalam kejadian gempa bumi Selasa lepas, telah pun ditemui dan berada dalam keadaan selamat, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot semalam.

Beliau berkata, berdasarkan e-mel terkini kementeriannya yang diterima pada 1.10 tengah hari semalam, keenam-enam rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Anthony Das, Paulin Joseph, Tan Chin Pih, Celine Wong, Lin Siao Jin dan Chon Siow Lim.

"Bagaimanapun, Sandra Hii dari Sibu, Sarawak, seorang petugas di King"s Education College, Christchurch dengan taraf penduduk tetap masih belum ditemui dan warisnya telah pun dimaklumkan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pengumuman permohonan bantuan kebajikan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan di sini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Krisis kementeriannya di Putrajaya telah mengaktifkan bilik operasi yang dikendalikan oleh 30 pegawai pada satu-satu dalam tempoh beberapa jam selepas gempa berlaku dan bilik operasi yang serupa turut dibuka di Kedutaan Malaysia di Christchurch.

Menurut laporan, angka kematian akibat gempa bumi itu meningkat kepada 123 orang semalam manakala jumlah mangsa yang hilang pula kira-kira 200 orang dengan sebahagian besarnya dipercayai rakyat asing. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular