Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 31 Ogos 2011

Kakitangan PUB sedih tinggalkan loji air Gunong Pulai

Menyaksikan penyerahan Loji Rawatan Air Gunong Pulai oleh PUB kepada kerajaan Johor semalam ialah (dari kanan) Dr Vivian Balakrishnan, Sultan Ibrahim, dan Pengerusi PUB, Encik Tan Gee Paw.




SINGAPURA - SETELAH hampir 11 tahun bertugas di Loji Rawatan Air Gunong Pulai di Johor, Cik Fatimatul Huzaimah A. Rahim sedih bercampur gembira pada hari terakhir bekerja di situ.

Sejak puluhan tahun lalu, agensi air negara PUB mengendalikan loji air itu dan tiga lagi prasarana air di Johor bagi membekalkan air ke Singapura.

Semalam, loji itu diserahkan kepada kerajaan Johor di bawah Perjanjian Air 1961 antara Singapura dan Malaysia yang tamat semalam.

Sekitar 100 kakitangan PUB warga Malaysia, termasuk Cik Fatimatul, bertugas di loji-loji itu.

Pekerja terjejas diberi pilihan bersara atau dipindahkan ke loji air lain yang dikendalikan PUB.

Pengalaman bertugas di loji air Gunong Pulai itu membawa banyak kenangan manis kepada Cik Fatimatul, 33 tahun.

'Macam nak nangis tadi apabila saya fikirkan ini hari terakhir kami bekerja di sini. Hubungan antara kakitangan di sini amat mesra.

'Kami di sini semua bagaikan satu keluarga,' katanya ketika ditemui.

Pegawai pembantu pengurusan itu mula bekerja dengan PUB pada 2000.

Ramai kakitangan PUB di loji itu telah berkhidmat berpuluhan tahun.

'Sewaktu saya mula bekerja di sini, saya paling muda. Pekerja-pekerja lain waktu itu sudah menjangkau usia 50-an tahun. Merekalah yang membimbing saya dan saya anggap mereka sebagai bapa saya,' kata Cik Fatimatul, yang belum berumah tangga.

Bagi beliau, tempat kerjanya itu lebih daripada sebuah pejabat.

'Kawasan ini menawarkan pemandangan sungguh indah dan sekitarannya sungguh aman damai. Saya juga berpeluang meneroka ke kawasan hulu,' kata Cik Fatimatul.

Terletak sekitar 30 minit perjalanan kenderaan dari pusat bandar Johor Bahru, loji air itu dibina pada lewat 1920-an.

Prasarana itu berupaya memproses sekitar 20 mega gelen air sehari (mgd). Ia mempunyai empangan air serta sistem memproses air mentah.

Seni bina bangunan dan struktur di situ unik, ujar Cik Fatimatul.

'Bangunan di kawasan ini dibina mengikuti seni bina Victoria dan empangannya pula dibina dengan batu kasar yang sungguh unik.

'Sukar sekali kita dapat lihat bangunan seperti ini di tempat lain,' ujar beliau.

Dengan penyerahan loji itu kepada kerajaan Johor, Cik Fatimatul akan ditugaskan di sebuah loji air di Kota Tinggi, yang lebih dekat dengan rumahnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular