Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 30 Ogos 2011

5,000 beraya dengan Siti

Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya.





SUNGAI PETANI - Lebih 5,000 peminat menyerbu rumah terbuka penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempena Aidilfitri di pekarangan Masjid Kampung Permatang Pasir, dekat Tikam Batu, di sini, semalam.

Majlis yang bermula jam 3 petang dan berakhir tiga jam kemudian, menjadi tumpuan orang ramai bukan saja di kalangan penduduk berhampiran, malah dari Alor Setar, Perlis, Pulau Pinang dan Perak yang ingin berhari raya bersama Siti dan Datuk K.

Siti mula menjadi tumpuan sebaik tiba kira-kira jam 3.20 petang, apabila peminat termasuk kanak-kanak menyerbunya sebaik turun dari kereta kerana tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan penyanyi itu.

Sebelum itu, Siti yang memakai baju kurung berwarna krim berbunga dan Datuk K berbaju Melayu kuning emas tiba jam 8.40 pagi di masjid berkenaan untuk mengerjakan solat Aidilfitri bersama kira-kira 800 jemaah yang diimamkan Mahmood Rejab.

Menurut Siti, biarpun majlis jamuan itu diadakan secara sederhana, namun sambutan diterima begitu baik dan di luar jangkaan beliau dan suaminya.

“Alhamdulillah saya dan suami bersyukur kerana majlis ini sungguh meriah dan berjalan lancar dan berterima kasih kepada mereka yang hadir tanpa henti sejak jam 3 petang.

“Walaupun dikerumuni peminat, Siti tidak kisah kerana ia peluang bertemu peminat dan bersyukur majlis rumah terbuka ini mendapat sambutan baik. “Saya teruja berhari raya di kampung kerana kali ini ramai saudara-mara sebelah suami yang sebelum ini tidak sempat bertemu datang ke majlis ini,” katanya yang ditemui pada majlis itu, di sini, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular