Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 25 Ogos 2011

Kerana nasi, Nenek maut dicincang



TENOM - Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin.

Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran.

Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid, 47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut.

Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.

Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular