Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ancaman fahaman Syiah

Mat Isa Adam





TAIPING – Kegiatan penyebaran fahaman Syiah dikesan telah menular hingga ke daerah ini apabila terdapat kegiatan pengedaran buku-buku yang mengarah kepada fahaman itu melalui pos, berjaya dikesan berlaku di masjid-masjid.

Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Taiping, Mat Isa Adam berharap agar orang ramai tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah melalui buku-buku yang diedarkan ke masjid-masjid itu.

Menurut beliau, aduan berkenaan kegiatan pengedaran buku-buku fahaman Syiah ke masjid-masjid sekitar Taiping diterima daripada kalangan imam, Isnin lalu.

“Mengikut apa yang diadukan oleh imam-imam masjid berkenaan, terdapat empat buku pelbagai tajuk yang dihantar ke masjid-masjid sekitar daerah ini melalui pos.

“Setelah kita teliti, memang kandungan buku-buku berkenaan banyak menceritakan tentang fahaman Syiah, serta cuba memburukkan Sahabat Rasul dan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri,” katanya.

Katanya, banyak perkara yang diterjemahkan dalam empat buku berkenaan boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca tentang mazhab yang dipegang selama ini.

Menurut Mat Isa, golongan pembaca yang kurang pengetahuan Agama Islam, mungkin akan terperdaya dan tidak mustahil akidah mereka akan terpesong.

“Tindakan mengedar buku-buku ini dilakukan melalui pos ke masjid-masjid sekitar Taiping dan ditujukan kepada pengerusi masjid, imam dan imam ke-dua.

“Ini mungkin merupakan satu gerakan atau kempen yang dijalankan oleh Majlis Syiah Malaysia kerana kita juga berjaya mengesan satu memorandum yang terselit dalam buku-buku berkenaan,” katanya.

Beliau berharap pihak masjid mengabaikan buku-buku yang mereka terima melalui pos itu dan beliau sendiri akan bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk membincangkan masalah berkenaan.

“Buku-buku itu dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kita harap pihak masjid tidak sesekali meletakkan buku-buku itu ke di perpustakaan masjid sehingga mendapat keputusan secara bertulis daripada Mufti Perak.

“Saya akan sendiri akan berjumpa dengan Mufti Perak untuk menceritakan hal sebenar, sekali gus mendapat jawapan bertulis daripada beliau dan memastikan kita sentiasa berada di landasan yang betul mengikut Syiar Islam,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular