Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 Ogos 2011

PLUS hanya tawar rebat tol bukan diskaun

KENDERAAN dari pusat bandar raya Kuala Lumpur menghala ke arah selatan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan semakin sesak disebabkan orang ramai mula pulang berhari raya ke kampung masing-masing selepas waktu bekerja.



KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Berhad (PLUS) tidak menawarkan diskaun tol kepada pengguna lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan ini, sebaliknya menawarkan rebat tol sehingga 20 peratus pada hari tertentu kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata rebat tol berkenaan tidak tertakluk pada masa tertentu, tetapi boleh dinikmati secara berterusan sepanjang hari pada tarikh ditetapkan termasuk 20 peratus pada 25 dan 26 Ogos, 10 peratus pada 30 dan 31 Ogos serta 20 peratus pada 1 dan 2 September.

“Pemberian rebat tol ini adalah strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas, selain langkah PLUS untuk menyuraikan trafik dan menggalak orang ramai untuk bergerak pada luar waktu puncak.

“Justeru, kami menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sama ada menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza tol dengan lebih selesa dan cepat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular