Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 Ogos 2011

Pemandu teksi didakwa larikan rakan wanitanya


PETALING JAYA – Meskipun sudah beristeri, seorang pemandu teksi tergamak melarikan dan mencederakan seorang rakan wanitanya pada 20 Ogos lalu.

Anil Rammez Sulaiman, 33, didakwa melarikan Lidya Raden, 29, di tangga blok A, Tingkat 13, Flora Damansara, di sini, kira-kira jam 10 malam, 20 Ogos lalu.

Dia turut didakwa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, di tempat dan masa sama.

Pendakwaan terhadap Anil Rammez dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah di hadapan Majistret, Nor Afidah Idris.

Bagi tuduhan melarikan Lidya, Anil Rammez didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda.

Sementara itu, bagi tuduhan mendatangkan kecederaan, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda atau kedua-duanya.

Nur Aifaa memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, Anil Rammez memohon ia dikurangkan dengan alasan isteri berada di Kelantan dan tidak bekerja.

Nor Afidah membenarkan Anil Rammez diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 5 Oktober depan untuk sebutan lantikan peguam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular