Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 23 Ogos 2011

Peniaga dituduh bunuh Foray


ASNI (kiri) diiring keluar dari Mahkamah Majistret Pekan selepas dituduh membunuh Stephanie Foray (kanan) semalam.



PEKAN – Kes pembunuhan pelancong wanita Perancis yang mayatnya ditemui ditanam dalam sebuah gua 8 Ogos lalu bakal berakhir apabila seorang peniaga kecil-kecilan didakwa atas kesalahan itu di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Asni Omar, 36, didakwa membunuh Stephanie Foray, 30, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman di antara pukul 8 malam 10 Mei dan pukul 12 tengah hari 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Dia hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Emma Shahriana Ali.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ema Shahriana kemudian memutuskan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan tanpa menetapkan tarikhnya. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar.

Foray dari Bour En Bresse, Perancis, dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu sebelum mayat mangsa dijumpai ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di Kampung Air Hantu, Pulau Tioman pada 8 Ogos lalu.

Mayat mangsa ditemui ekoran penahanan dua lelaki bersaudara pada hujung bulan Julai lalu. Seorang daripada suspek merupakan ahli perniagaan yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe, manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular