Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Ogos 2011

Isteri Nelayan Terpijak Buaya

Rahman menunjukkan lokasi isterinya terpijak buaya.





PAPAR - “Isteri saya tidak menyangka ‘kayu’ yang dipijak sebenarnya seekor buaya tersesat di halaman rumah ketika banjir,” kata Rahman Nawang, 60, menceritakan kejadian cemas menimpa isterinya yang nyaris dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Kawang, di sini, baru-baru ini.

Nelayan terbabit berkata, isterinya, Raimah Abdullah, 56, tidak menyedari reptilia itu berada di bawah rumah berikutan keadaan gelap, selain badan haiwan itu berwarna coklat seakan kayu.

“Kejadian berlaku ketika banjir baru-baru ini apabila isteri dikatakan terlihat kotak dihanyutkan air menyebabkan dia bergegas turun untuk mengambilnya.

“Tanpa disangka, sebaik meranduk (meredah) air banjir, dia terpijak seekor buaya sepanjang lebih tiga meter yang disangkakan dahan kayu,” katanya ketika ditemui, di rumahnya, kelmarin.

Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam itu agak gelap dan sukar membezakan antara kayu dan buaya.

“Sebaik terpijak ‘kayu’ itu, ia bergerak dan isteri saya yang terkejut bergegas naik ke rumah, manakala buaya itu melarikan diri ke semak berhampiran.

“Saya bimbang jika tiada usaha pihak berkuasa, pasti akan ada penduduk menjadi mangsa ‘sang bedal’ ini kelak,” katanya.

Menurut Rahman, dia sering terserempak beberapa ekor buaya berjemur di tebing sungai sepanjang lebih tiga meter dan hampir satu meter lebar ketika sedang menjala ikan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular