Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 29 Ogos 2011

Derita mangsa simbah asid

MOHD. RAFFIE ditemani abangnya, Mohd. Jeffry Abdul Latiff ketika dirawat di HKL.





KUALA LUMPUR – Kedatangan Syawal kali ini bagaikan tidak membawa sebarang erti kepada mangsa simbahan asid, Mohd. Raffie Abdul Latiff, 28, yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka kerana hari gembira itu hanya disambutnya di katil hospital.

Hasratnya untuk menyarungkan sepersalinan baju Melayu baharu pada Aidilfitri tidak kesampaian kerana wajahnya hangus terbakar apabila disimbah dengan asid dalam satu kejadian di Jalan Raja Laut di sini pada 8 Ogos lalu.

“Sebelum saya disimbah asid, saya pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk tengok-tengok dan beli sepasang baju Melayu tetapi lain pula kini keadaan saya.

Ketika dia disimbah cecair berbahaya itu pada hari kejadian, Mohd. Raffie memberitahu, pada saat itu kulitnya terasa sangat pedih dan panas.

“Wajah saya pun mungkin akan cacat selepas ini dan saya dah tak terfikir pasal hari raya lagi,” rintih Mohd. Raffie ketika ditemui di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin.

Menurut Mohd. Raffie, sebelum ini dia pasti akan pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta di kampung halamannya di Muar tetapi tahun ini dia cuma mampu menyambut hari lebaran itu di wad hospital.

“Mujurlah keluarga dan rakan-rakan beri saya sokongan penuh dan tetap ingin meraikan Aidilfitri bersama saya biarpun di hospital,” ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular