Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 Ogos 2011

Belia wanita Brunei Muara sertai ekspo jualan Raya

Pengunjung memilih kek dan biskut Hari Raya di Pusat Belia.





BANDAR SERI BEGAWAN - Lebih 20 ahli belia wanita menyertai ekspo dan jualan kuih-muih Hari Raya di bangunan Pusat Belia di ibu negara dekat sini.

Ekspo tersebut adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Belia Daerah Brunei Muara yang telah mengumpulkan belia-belia wanita di daerah ini dalam mempromosikan serta memasarkan produk jualan mereka sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Jualan itu dibukakan kepada orang ramai setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam. Kunjungan dari orang ramai juga begitu menggalakkan lebih-lebih lagi apabila pegawai dan kakitangan kerajaan menerima gaji mereka semalam.

Salah seorang peniaga wanita yang sempat ditemui pagi tadi memberitahu bahawa mereka menerima lebih ramai pengunjung sekitar waktu petang dan malam. Tambahnya lagi pelanggan boleh memilih pelbagai jenis kek roll, kek lapis dan biskut yang dibuat sendiri oleh ahli-ahli belia di sini dengan harga yang berpatutan.

Antara yang menjadi pilihan pengunjung ialah biskut Mor yang mempunyai pelbagai rasa seperti pandan, coklat, cornflakes dan sebagainya. Selain itu kek lapis yang dihiasi dengan warna yang berlainan juga turut menarik perhatian pengunjung di sini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular