Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 25 Ogos 2011

Penyakit misteri serang kanak-kanak Kuala Tahan

Wan Amizan (tengah) melawat murid yang mengalami penyakit misteri di Hospital Jerantut.




JERANTUT - Sejak seminggu lalu, sekurang-kurangnya sembilan murid berusia tujuh hingga 12 tahun dari Kampung Kuala Tahan, dekat sini, diserang penyakit misteri yang mengakibatkan seluruh tubuh serta mata mereka bertukar menjadi kekuningan.

Antara simptom sebelum dijangkiti penyakit misteri itu, mereka mengalami demam panas dan muntah-muntah manakala mata dan tubuh beransur-ansur berubah menjadi kuning.

Ada penduduk mengesyaki ia penyakit hepatitis dan tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan masalah virus kencing tikus, namun hingga kini, masih belum ada bukti sahih atau kenyataan rasmi pihak berkuasa mengenai punca sebenar penyakit berkenaan.

Pengarah Hospital Jerantut, Dr Devaraj Salam ketika dihubungi berkata, penyakit misteri yang dialami sembilan murid dari Kuala Tahan itu masih dalam siasatan dan pihaknya masih berusaha mengenal pasti punca sebenar.

Ibu seorang daripada murid terbabit, Norazimah Abdullah Sidek, 34, berkata, anaknya, Norafieqah Mohd Ali Saifudin, 12, dimasukkan ke Hospital Jerantut selepas demam dan matanya mula bertukar menjadi kuning.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular