Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 25 Ogos 2011

Penduduk tetap mahu tinggal di Kampung Sungai Ruil



CAMERON HIGHLANDS – Mangsa tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil di sini berhasrat untuk terus tinggal di kampung berkenaan walaupun ia bertentangan dengan adat resam yang telah diamalkan selama ini.

Shariff Bahsoon, 49, berkata, mengikut adat resam yang diamalkan, mereka perlu berpindah ke kawasan lain, jika penempatan sedia ada dilanda bencana.

''Tetapi dalam kes kami, jika berpindah lebih banyak mendatangkan kesulitan. Sebab itu kami lebih suka jika dapat terus tinggal di sini.

''Harapan kami, kerajaan perbaiki cerun-cerun bukit di kampung ini sahaja,'' katanya ketika ditemui di pusat penempatan sementara di sini semalam.

Pada 7 Ogos lalu, tujuh penduduk kampung berkenaan maut dan dua cedera dalam kejadian tanah runtuh yang meranapkan tujuh buah rumah.

Sementara itu, tinjauan ke perkampungan masyarakat Orang Asli itu mendapati sebahagian penduduk berulang-alik ke rumah mereka bagi membersihkan diri dan menjemur pakaian.

Suasana petang yang selalunya riuh dengan anak-anak muda kini sunyi dengan kelibat penduduk mengambil barang keperluan tertentu untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara di Dewan Jubli Perak di sini.

Seorang penduduk yang ditemui, Rahmat Mustafa, 19, berkata, sekiranya diberikan pilihan, dia mahu terus menetap di kampung tersebut.

"Memang tiada apa yang terlalu istimewa di sini, tetapi rasa sayang terhadap kawasan penempatan ini sukar digambarkan kerana hati sudah sebati dengan suasana di sini,'' katanya.

Dia yang bekerja di sebuah hotel berdekatan menambah, mereka telah menubuhkan satu pasukan kawalan yang akan melakukan rondaan setiap hari bagi melindungi harta penduduk.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular