Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 27 Ogos 2011

Pengiran Chateria kembali ke Rahmatullah

Salah sebuah kereta dari Jabatan Adat Istiadat yang mengiringi Jenazah Almarhum.





KUALA BELAIT - Salah seorang pembesar negara iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd Said Pengiran Ahmad telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah kediamannya di Lot 115-15 Jalan Dipa Negara Kampung Mumong dekat sini.

Almarhum Yang Amat Mulia Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd Said, 90, telah meninggalkan seorang balu dan seramai 12 orang anak, empat lelaki dan lapan perempuan serta seramai 57 orang cucu dan 37 orang cicit.

Almarhum telah menghidap penyakit tua dan telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 9.00 pagi tadi. Jenazah Almarhum telah dikembumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Batu Tiga Jalan Maulana.

Almarhum Yang Amat Mulia Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd Said lahir pada tahun 1921, di Kampung Kianggeh Bandar Seri Begawan, telah mula bertugas dengan Pasukan Polis Diraja Brunei, kemudiannya telah berkhidmat pula dengan Syarikat BSP Sendirian Berhad, selepas itu berkhidmat lagi dengan Jabatan Kerja Raya berjawatan Pengawas Tukang Kayu sehingga bersara.

Setelah bersara Almarhum dilantik menjadi Penghulu Mukim Belait yang pertama selama lebih 20 tahun sejak tahun 1975. Almarhum Yang Amat Mulia Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd Said telah dianugerahkan Darjah Mahkota Brunei Darjah Kedua (DPMB) yang membawa gelaran Dato Paduka pada 15 Julai 1993.

Dan kemudiannya menerima gelaran Chateria yang membawa gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Lela Utama pada 15 Mei 1996.

Isteri pertama Almarhum telah meninggal dunia semasa berusia 51 tahun, pada 26 Ogos 1983, secara kebetulan tarikh yang sama Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd Said meninggal

dunia. Allahyarhamah meninggal dunia kerana mengidap penyakit barah paru-paru. Dengan isteri pertama Almarhum dikurniakan seramai 11 orang anak.

Almarhum Yang Amat Mulia Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd Said, berkahwin dengan isteri keduanya dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Semasa hayatnya Almarhum terkenal dengan seorang yang ramah, berhati mulia dan aktif dalam berbagai aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti sukan semasa usia mudanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular