KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan meluluskan permohonan Media Prima Berhad mengadakan Jom Heboh 2011 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di bandar ini, selama dua hari bermula 28 Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kelulusan itu diberikan selepas kerajaan negeri berpuas hati dengan penganjuran Jom Heboh pada 2009 yang memenuhi syarat ditetapkan.
