Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 23 Ogos 2011

'Tengku Razali’ pakai 10 tangkal pendinding


KUALA LUMPUR - ‘Dilindungi’ 10 tangkal tulisan Arab dipercayai sebagai pendinding tidak mencukupi bagi seorang lelaki yang menyamar kerabat diraja untuk menipu lebih 40 peniaga membabitkan nilai lebih RM200,000 sejak awal tahun ini selepas dia diberkas di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, suspek berusia 28 tahun itu menggunakan gelaran ‘Tengku Razali’ dan mendakwa peguam Istana Negara bagi memancing mangsa yang rata-rata terdiri daripada golongan peniaga berusia antara 30 dan 50 tahun.

Suspek yang berasal dari Batu Pahat, Johor dikatakan bersekongkol dengan dua rakannya selain seorang lagi lelaki dari Serendah, Hulu Selangor untuk menjual hasil curinya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, berdasarkan aduan seorang penjual kuih wanita di Jalan Wahyu di sini, pada 12 Ogos lalu, pihaknya menjalankan intipan dan risikan ke atas suspek yang menggunakan kereta Proton Perdana V6 warna hitam yang mempunyai lambang Majlis Peguam Negara dan lampu siren yang kebiasaannya digunakan tetamu kehormat (VIP).

“Suspek yang mendakwa peguam Istana Negara itu memakai kot hitam dan menyewa kereta dipasang pelbagai lambang serta mempunyai tag nama pegawai kerajaan.

“Sepasukan polis dari Bahagian D5 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menjejaki lelaki berkenaan sebelum menahannya di kawasan Jalan TAR,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa ditawarkan perniagaan baru seperti penjualan makanan di Istana Negara bagi memperdaya mangsa.

“Dalam perjalanan ke istana, suspek akan mengarahkan mangsa menanggalkan barang kemas, wang tunai dan barangan berharga lain untuk disimpan dalam kereta dengan mendakwa ia dilarang dibawa masuk ke dalam istana.

“Selepas itu, mangsa akan dihantar ke depan pintu istana sebelum suspek melarikan diri dan sehingga kini, lebih 45 mangsa ditipu lelaki itu membabitkan kerugian lebih RM200,000,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular