Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Ogos 2011

Wanita PKR tidak gentar tindakan saman KDN

Zuraida Kamaruddin





PETALING JAYA – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin tidak gentar dengan berhadapan tindakan saman oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi, sekali gus 'cubaan untuk menjual kedaulatan negara'.

Ini kata Zuraida kerana sebagai agensi kerajaan, KDN tiada hak mendakwa sesiapa juga yang mengkritiknya.

“Tetapi kalau dia nak saman juga, saya tidak gentar kerana apa yang saya kata, ada asas. Saya akan bertanggungjawab,” katanya di ibu pejabat PKR di sini.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam sebelum itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Zuraida yang mendakwa Pati yang menjalani proses pemutihan 6P dikehendaki melafaz skrip bersumpah menyokong BN.

Antara kemungkinan tindakan itu kata Mahmood termasuk laporan polis, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun saman.

“Saya sedang kumpul bukti dan tunggu masa sesuai untuk dedah,” kata Zuraida yang mendakwa mendapat maklumat itu daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu,”katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, awalnya beliau bercadang mahu membuat laporan polis mengenai skrip itu, semalam tetapi menangguhkannya selepas mendapati masanya tidak sesuai.

“Insya-ALLAH dalam minggu ini, saya akan buat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, laporan polis itu sebagai bukti beliau bukan bercakap kosong.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata KDN harus bersikap adil dalam membuat penyiasatan terhadap isu dibangkitkan Zuraida serta pemimpin pembangkang yang lain.

Zuraida sebelum itu melancarkan bahagian pertama daripada enam siri, Cerita Kak Wan, memaparkan kisah kehidupan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai wanita contoh kepada rakyat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular