Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 27 Ogos 2011

Lagi Anak hilang sebelum raya



POKOK SENA - “Aidilfitri yang akan disambut Selasa nanti tidak akan bermakna bagi kami sekeluarga selagi anak perempuan saya tidak pulang ke rumah semula,” kata Haironi Abdul Rahman, 43, ibu kepada Siti Noor Atikah, 16, yang hilang sejak 22 Julai lalu.

Katanya, sambutan Aidilfitri tahun ini tidak bermakna kepada mereka seisi keluarga kerana sentiasa memikirkan nasib anak perempuannya.

Haironi berkata pada hari kejadian, Atikah keluar bersama kakaknya, Siti Noor Hasfinas, 17, ke Alor Setar jam 5 petang.

Namun apabila tiba di sebuah pusat beli-belah, Atikah bertemu seorang rakan perempuannya bernama Sheila dan mereka menaiki motosikal ke satu lokasi lain.

Hasfinas kemudian menunggu adiknya di pusat beli-belah berkenaan, tetapi sehingga lewat malam Atikah masih tidak muncul.

Bapanya, Abu Bakar Mat Desa, 44, berkata sehingga hari ini mereka tidak menerima khabar mengenai Atikah, malah terus dirundung kebimbangan dengan nasib anak ketiga daripada lapan beradik itu.

“Anak gadis saya bercita-cita menjadi model selepas tamat persekolahannya dan dia anak yang patuh dan jarang melawan cakap ibu bapa.

“Saya sudah puas menghubungi telefon bimbitnya, tetapi gagal. Saya bimbang dengan keselamatannya memandangkan dia berseorangan tanpa keluarga.

“Jika Atikah ada berkecil hati dengan keluarga ini, saya minta maaf dan merayu dia pulang ke pangkuan kami semula sebelum Syawal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panchur, di sini.

Selepas Atikah masih tidak pulang ke rumah, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai gadis terbabit diminta menghubungi keluarga itu di talian 012-4594148.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular