Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 13 Oktober 2012

Ayah setubuhi anak gadisnya berusia 18 tahun


IPOH – Nafsu binatang! Gelaran tepat bagi seorang lelaki yang tergamak merogol anak sendiri berusia 18 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias berkata, kejadian sumbang mahram itu disedari kakak mangsa yang membuat laporan polis kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa yang mempunyai masalah mental tinggal bersama-sama keluarganya termasuk suspek di sini.

“Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik dan masih bersekolah di sebuah sekolah pendidikan khas di daerah Ipoh.

“Semalam (kelmarin), mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 53 tahun itu ditahan pada jam 1.40 pagi, semalam, di rumahnya dan direman tujuh hari  untuk siasatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular