Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 13 Oktober 2012

Gambar kontroversi: Hanez Suraya kesal



KUALA LUMPUR - Tidak melatah atau tertekan dengan penyebaran gambar tersebut, Hanez bagaimanapun mengakui kesal kerana gambar berkenaan sudah berulang disiarkan sejak tiga tahun lalu.

“Saya akui wanita dalam gambar tersebut adalah diri saya dan gambar tersebut diambil kira-kira lima tahun lalu. Seperti yang saya sudah jelaskan berulang-ulang semenjak tiga tahun lalu, lelaki yang ada di dalam gambar itu adalah kawan-kawan rapat saya.

“Setiap orang pernah membuat kesilapan dan saya juga begitu, ketika itu saya masih muda, darah muda dan pergaulan agak bebas. Tapi apa saya kesalkan, gambar tersebut telah tersebar sejak tiga tahun lalu dan setiap tahun, isu gambar tersebut akan dimainkan.

“Saya juga dah penat beri penjelasan berulang kali. Apa yang ingin saya tegaskan kini, saya tak lagi buat perangai lama. Saya harap isu berkaitan gambar ini dihentikan kerana saya tidak mahu ia menjejaskan periuk nasi saya,” ujarnya.

Hanez berkata, dek kerana isu berkenaan sudah dimainkan berulang kali, dia sudah semakin lali dan kuat.

Walaupun sedikit sebanyak memburukkan nama dan kariernya yang kini sedang berkembang, Hanez berkata, dia tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mula-mula menyebarkan gambar tersebut.

“Selagi tidak beri impak negatif pada karier saya, saya memang tak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang. Lagipun saya tak tahu pada siapa perlu saya saman,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular