Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Oktober 2012

Isu Faekah ke Biro Politik PKR malam ini?


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin


SHAH ALAM - Biro Politik PKR dijangka membincangkan kedudukan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada mesyuarat mingguannya malam ini.

Difahamkan perkara itu akan dibawa ke perhatian Biro Politik susulan permintaan daripada beberapa pemimpin Selangor dan juga Biro Politik negeri agar Faekah dipecat dari jawatannya ekoran komen kepada media mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyentuh kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sumber mengesahkan bahawa surat meminta agar Faekah diambil tindakan telah dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam.

"Ya, surat sudah dihantar kepada lembaga disiplin menerusi Setiausaha Agung, jadi saya percaya bahawa pejabat Setiausaha Agung akan membawa perkara ini kepada Biro Politik untuk memutuskan sama ada lembaga disiplin perlu mengadakan siasatan atau sebaliknya.

"Kandungan surat ini meminta agar Faekah diambil tindakan disiplin... bentuk tindakan kita serahkan kepada pusat, walaupun ada yang meminta beliau dipecat (sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar)," kata sumber yang boleh dipercayai.

Biro Politik dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan parti. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga lazimnya akan hadir.

Pada sidang media semalam, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan parti itu menyerahkan sepenuhnya isu gesaan Faekah dipecat kepada Jawatankuasa Disiplin PKR  untuk dipertimbangkan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung pertikaian itu termasuk desakan yang dibuat Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah pada sidang media kelmarin.

“Saya tiada komen lanjut kerana perkara ini telah diusulkan kepada pihak terlibat untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin,” katanya.

Malah semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Agung parti.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular