Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Oktober 2012

'Tengku Fakhry dirayu dapatkan kebenaran bawa keluar Bentley'




KUALA LUMPUR - Setiausaha Sulit Sultan Kelantan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau merayu kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra agar meminta kebenaran daripada Pemangku Sultan ketika itu untuk membawa keluar kereta Bentley Brooklands dari Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 30 Julai 2009.
  
Datuk Nik Shafriman Nik Hassan, 35, dalam penyataan saksi berkata, Tengku Muhammad Fakhry bagaimanapun tidak mengendahkan rayuan itu, sebaliknya menyatakan beliau akan menghubungi Pemangku Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Muhammad Faris Petra, selepas membawa kereta tersebut keluar dari istana.
  
"Plaintif (Tengku Muhammad Fakhry) telah bersetuju sekiranya saya membuka kunci stereng (kereta Bentley), beliau akan meminta kebenaran daripada Pemangku Sultan," katanya pada perbicaraan kes saman RM150 juta Tengku Muhammad Fakhry terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi yang didakwa menahannya secara salah pada tarikh itu.
  
Saman itu difailkan pada 9 Disember tahun lepas, dan selain Ismail, beliau menamakan Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan ASP Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.
   
Dalam penyataan tuntutan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau ditahan secara salah pada 30 Julai 2009 di kawasan Istana Mahkota Kubang Kerian semasa memandu sebuah kereta jenis Bentley Brooklands.
      
Beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta, RM50 juta ganti rugi teruk serta teladan, faedah pada kadar empat peratus, kos dan lain-lainnya.
  
Pada prosiding hari ini, Nik Shafriman berkata, stereng kereta itu berkunci dan Tengku Muhammad Fakry tidak memilikinya walaupun beliau mempunyai kunci kereta berkenaan.
  
Saksi defendan ketiga tersebut berkata, kunci stereng kereta berada dengan pemandu rasmi kenderaan yang ketika itu tiada di istana, namun telah datang ke istana dan menyerahkan kunci berkenaan kepadanya.
  
Semasa pemeriksaan balas, Nik Shafriman tidak bersetuju dengan cadangan peguam A.S Dhaliwal bahawa semua kejadian itu tidak berlaku dan memberitahu mahkamah tiada saksi lain berkaitan perkara itu selain beliau dan Tengku Muhammad Fakry.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular