Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 Oktober 2012

Pengurus harap masalah Safee selesai segera




KUALA LUMPUR - PENGURUS Safee Sali, Zakaria Rahim yakin masalah yang dihadapi penyerang kebangsaan itu ekoran penggantungan kelabnya, Pelita Jaya dan 31 kelab lain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Saya tak boleh komen, tapi apa yang boleh saya katakan masalah ini akan diselesaikan dengan segera," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan bintang penyerang Pelita Jaya itu tidak boleh lagi membantu skuad negara di pentas antarabangsa ekoran keputusan penggantungan itu.

"Bagi saya kedudukan Safee tetap selamat dan beliau masih boleh beraksi bersama skuad kebangsaan," kata Zakaria hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya nasib Safee yang tidak dibenarkan beraksi bersama skuad Harimau Malaya sehingga PSSI bersidang pada satu Kongres mereka hujung tahun ini.

Dalam pada itu, Zakaria turut menegaskan masalah tersebut hanyalah salah faham yang timbul di peringkat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI).

"Kami sudah merujuk kepada kelab itu dan biarlah mereka yang menguruskannya.

"Lagipun, bagi saya masalah ini tiada isu sebenarnya. Ini hanyalah salah faham. Apa pun, kami akan cuba membantu Safee dan Pelita Jaya sendiri sudah membuat kenyataan kepada media Indonesia mengenai isu ini," jelas beliau lagi.

Menurut laporan berita tempatan hari ini, penyerang prolifik negara itu tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan skuad kebangsaan ekoran kelab disertainya, Pelita Jaya digantung bersama 31 kelab lain oleh Fifa.

Azzuddin mengesahkan beliau telah menerima salinan surat penggantungan daripada PSSI yang turut melibatkan setiap pegawai dan pemain kelab Liga Super Indonesia.

Ini bermakna Safee turut digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular