Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 Oktober 2012

Safee cari ‘jalan keluar’



KUALA LUMPUR - PENYERANG sensasi, Mohd Safee Sali menganggap peluangnya untuk beraksi bersama Harimau Malaya pada kejohanan Piala Suzuki AFF bulan depan masih belum tertutup sepenuhnya.

Biarpun dilarang daripada menyertai skuad kebangsaan selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengenakan hukuman penggantungan ke atas kelabnya, Pelita Jaya FC, penyerang berusia 28 tahun itu kini berusaha untuk mencari jalan keluar.


“Sebagai pemain bola sepak, saya hanya mahu mewakili skuad kebangsaan. Kontroversi sebegini bukan petanda karier bola sepak saya sudah berakhir. Buat masa ini, saya kekal positif dan percaya peluang untuk beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki masih ada,” katanya.

Safee berkata, dia sudah mengadakan rundingan bersama pengurus peribadi, Zakaria Rahim, namun mengaku memerlukan sedikit masa untuk mencari jalan keluar daripada kemelut itu.

Malah pemenang Kasut Emas dengan ledakan lima gol ketika membantu Malaysia menjuarai Piala AFF dua tahun lalu itu juga enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan berpindah ke kelab lain dalam masa terdekat, termasuk ke kelab Australia, Brisbane Roar FC milik Bakrie Group yang juga majikannya di Pelita Jaya.

“Masih terlalu awal untuk memperkatakan hal itu, biarlah isu ini diselesaikan terlebih dulu,” katanya yang menjadi jutawan selepas menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia itu, awal tahun ini.

Semalam, media melaporkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan menerima salinan surat berhubung penggantungan 32 kelab Liga Super Indonesia (ISL) yang menyebabkan Safee digantung daripada aksi antarabangsa.

Bagaimanapun Zakaria yang dihubungi menyangkal perkara itu dan mengesahkan Safee sebenarnya tidak ada masalah untuk menyertai skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Alex Soosay pagi semalam.

“Sepatutnya sebarang penggantungan kelab atau pemain harus menerusi AFC tapi sampai ke hari ini AFC tidak mendapat sebarang surat. “Alex adalah salah seorang anggota jawatankuasa yang dibentuk bagi menyelesaikan kemelut bola sepak Indonesia ini dan beliau mengaku terkejut apabila ditunjuk senarai 32 kelab yang digantung itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular