Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 8 Oktober 2012

Tengku Fakhry saman PDRM RM150 juta






KUALA LUMPUR - Adinda Sultan Kelantan,  Petra memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan yang berunsur jenayah semasa pihak polis menahannya pada 30 Julai 2009.

Tengku Muhammad Fakhry, 34, dalam penyataan saksi berkata beliau juga tidak diberitahu sama ada dia ada melakukan sebarang kesalahan berunsur jenayah dan tidak tahu mengapa dirinya ditahan polis di pekarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

"Saya telah ditahan sekurang-kurangnya satu jam oleh pihak polis dan tidak dibenarkan keluar dari Istana Mahkota pada masa itu," katanya pada perbicaraan kes saman RM150 juta beliau terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi yang didakwa menahannya secara salah pada tarikh itu.

Saman itu difailkan pada 9 Dis tahun lepas dan selain Ismail, beliau menamakan Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan ASP Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau ditahan secara salah pada 30 Julai 2009 di kawasan Istana Mahkota Kubang Kerian semasa memandu sebuah kereta jenis Bentley Brooklands.

Beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta, RM50 juta ganti rugi teruk serta contoh, faedah pada kadar empat peratus, kos dan lain-lainnya.

Pada prosiding hari ini, Tengku Muhammad Fakhry berkata ketika ditahan, peguam Datuk Mohd Haziq Pillay turut berada bersamanya dalam kereta jenis Bentley Brooklands, yang dimiliki ayahandanya, Sultan Ismail Petra.

Saksi kelima itu berkata sebelum ditahan polis, beliau mengambil kereta itu dari garaj Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau berbuat demikian kerana sebelum 30 Julai 2009, beliau telah dititahkan ayahandanya untuk membawa kenderaan itu dari istana tersebut ke Singapura.

Bagaimanapun, katanya, semasa dalam perjalanan untuk membawa keluar kenderaan itu, terdapat sebuah kereta Volvo menghalang perjalanannya, dan pintu utama istana juga ditutup.
   
Menceritakan situasi pada masa itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau nampak beberapa anggota polis yang bersenjata keluar masuk ke dalam istana menyebabkannya berasa amat takut.

Katanya, beliau menyaman defendan kerana kebebasan dan hak asasinya telah disekat tanpa sebab munasabah.

Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili defendan, Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau tidak mengetahui perintah Pemangku Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Muhammad Faris Petra, bagi
menghalangnya membawa keluar kereta tersebut dari istana berkenaan.

Tengku Muhammad Fakhry juga tidak bersetuju dengan cadangan Azizan bahawa tindakan pihak polis terhadapnya bukan untuk menghalang dirinya tetapi sebenarnya menghalang kereta Bentley Brooklands itu dibawa keluar dari istana.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular